SFFP

Sebuah syarikat bumiputera yang diterajui oleh anak bumiputera sendiri. Bertujuan meningkatkan kecemerlangan para pelajar dalam bidang pendidikan.

image01

Technology & Consultant

Berkonsepkan kemajuan teknologi masa kini, SFFP Technology & Consultant mensasarkan lebih ramai pelajar cemerlang dengan gred A, B atau C pada masa hadapan.

image01

Research & Development

Lebih banyak kajian akan dibuat oleh SFFP Research & Development bagi memajukan penggunaan teknologi seiring dengan kemajuan teknologi masa kini.

image01

Management

Pengurusan yang cekap dan pantas di SFFP mampu menjamin kepuasan pengguna di luar sana.

image01

Profil SFFP



SFFP merupakan sebuah syarikat pencetus inovasi teknologi tersendiri kearah kecemerlangan individu dalam kancah teknologi masa kini. SFFP mula dibangunkan melalui perancangan awal pada penghujung tahun 2009 dan mula ditubuhkan secara rasmi pada bulan Mac 2010. Bermatlamat kearah pencetus inovasi teknologi kepada individu, SFFP merangka, mengkaji dan mencipta teknologi terkini kearah kemudahan manusia sejagat. Dengan itu perkara utama yang dititik beratkan oleh SFFP dalam penghasilan produk-produk berinovasi adalah penekanan terhadap memudahkan sesuatu proses.


Sehingga hari ini, gabungan SFFP telah mempunyai 3 syarikat utama yang lebih memfokuskan terhadap penciptaan inovasi teknologi masa kini. Dengan itu, tertubuhnya :

SFFP Management

SFFP Technology & Consultant

SFFP Research & Development


Dimana, setiap syarikat mempunyai misi dan tanggungjawab tersendiri dalam menjayakan misi utama SFFP sebagai sebuah syarikat pencetus inovasi berteknologi.


Melalui gabungan ketiga-tiga syarikat tersebut, SFFP telah berjaya menghasilkan 3 produk utama iaitu :

Program Pelajar Bijak (2010)
Program (SPAS.my) versi 1.0 (2012) seterusnya ditingkatkan kepada program (SPAS.my) versi 2.0 (2013)
Sistem pemantauan akademik eksklusif kepada pusat-pusat tuisyen (bermula tahun 2013).
Program SAMS.my (2014)


Melalui pengalaman dan kepakaran kami dalam bidang yang telah kami usahakan selama ini, kami berjanji dan berkeyakinan penuh dalam meneruskan misi-misi kearah kemudahan manusia sejagat dengan memperkenalkan idea-idea berserta teknologi bagi memudahkan pengurusan harian seterusnya kearah kecemerlangan Malaysia secara umumnya.


“Dari sebuah rumah berkembar kepada kedai 2 tingkat, InsyaAllah suatu hari kepada Wisma SFFP”


Bermula daripada sebuah rumah berkembar (semi-D), SFFP mula ditubuhkan pada awal tahun 2010. Disitu bermula proses penghasilan sistem pelajarbijak yang terdiri daripada guru-guru berpengalaman serta pengatucara sistem dan pereka grafik bersama perancang memulakan misi permulaan SFFP. Pejabat yang beralamat No. 5 Lorong Sepadu 4, Taman Sepadu, 13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang.


Pada bulan Januari 2011, SFFP telah mengorak langkah ke premis perniagaan (pejabat yang didiami sekarang) iaitu di No. 736A Jalan B.M 1/1 Bandar Mutiara, Jalan Lencongan Timur, 08000 Sungai Petani, Kedah. Sehingga hari ini seramai 20 orang pekerja berkualiti sedang berkhidmat secara sepenuh masa disamping guru-guru berpengalaman sebagai pemantau professional dan separuh masa dalam proses menjayakan misi utama syarikat.


Seterusnya kami merancang untuk mengembangkan pejabat SFFP kepada satu lot pejabat yang lebih lengkap pada tahun 2014 dan bermatlamat mempunyai wisma sendiri iaitu WISMA SFFP pada tahun 2020.

Misi

Konsep

Kelebihan